27 May
PENGOLAHAN KARANGAN

PENGOLAHAN KARANGAN


  • Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan
  • Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
  • Anda hendaklah menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.
  • Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.


Bagi mengolah karangan dengan berkesan, anda hendaklah menguasai perkara di bawah :


Pendahuluan:

Perenggan pendahuluan mestilah ditulis anggaran 70 patah perkataan dan merangkumi :
1. Ayat ransangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema
2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan

Perenggan Isi:

Perenggan isi mestilah ditulis anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan.


1. Ayat Isi (AI)

-Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci.

-Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

-Ditulis pada permulaan ayat.

-Pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


2. Ayat Huraian (AH)

- Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan.

-Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

-Formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana) digunakan untuk menghuraikan isi dengan lebih mendalam.

-Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.


3. Ayat Contoh (AC) 

- Bukti atau contoh mestilah berkaitan dengan isi.

-Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

-Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan.


4. Ayat Penegas (AP)

-Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian.

-Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

-AP menegaskan semula AI dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AI.



Penutup:

Perenggan pendahuluan mestilah ditulis anggaran 70 patah perkataan dan merangkumi :


1. Ayat Kesimpulan (AK)

-Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

-Merumuskan keseluruhan karangan.

-Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).


2. Ayat Cadangan (AC)

-Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

-Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

-Tidak memerlukan huraian panjang.

3. Ayat Harapan (AH)
-Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

-Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

-Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.



CONTOH PENGOLAHAN PENULISAN KARANGAN

Tajuk : Kepentingan Rakyat Malaysia Menguasai Bahasa Asing

Perenggan Pengenalan

Perenggan Isi:-

Pembinaan perenggan Isi ( Pertama)

Pembinaan perenggan Isi ( Kedua )

Pembinaan perenggan Isi ( Ketiga )

Pembinaan perenggan Isi ( Keempat)

Pembinaan isi perenggan penutup


Mari saksikan video di bawah tentang Teknik Hurai Isi Karangan Bahasa Melayu


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING