Mari saksikan video untuk menulis isi karangan yang baik dan berkesan
Sebelum mula menulis karangan, anda hendaklah tahu tentang format sesebuah karangan fakta.
Format Karangan Fakta
1. Pengenalan/pendahuluan
2. Isi 1
3. Isi 2
4. Isi 3
5. Isi 4
6. Penutup
Teknik Menulis Karangan
1. Mengetahui Kehendak Soalan
Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.
2. Membina perenggan
Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Bahagian pendahuluan dan penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Bahagian isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat.
Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan.
Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang perlu ditulis. Anda dicadanglan seelok-eloknya membina lima ayat. Hal ini penting untuk mengimbangkan huraian dan juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.
CARA MENULIS DAN MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI KARANGAN
Elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah Perenggan Empat Unsur
A. PERENGGAN EMPAT UNSUR
Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:
1. Unsur 1 (AYAT UTAMA)
-Anda mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
-Gunakan ayat mudah.
2. Unsur 2 (AYAT HURAIAN)
-Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
-Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)
-Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
-Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik
3. Unsur 3 (AYAT CONTOH)
-Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:
a) Data statistik
b) Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati
c) Penemuan atau kajian saintifik.
d) Contoh langsung
4. Unsur 4 (AYAT PENEGAS)
-Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan
-penutup kepada perenggan
-Menegaskan semula isi utama
-Menggunakan penanda