01 Jun
PENUTUP DAN PENGHARGAAN


PENUTUP

Secara keseluruhannya, karangan fakta merupakan salah satu karangan yang tidak berformat. Terdapat banyak tips dan kaedah untuk menghasilkan karangan berfakta yang disediakan dalam blog ini khususnya kepada para pelajar tingkatan 4. Sekiranya penulisan isi, pengolahan dan bahasa dikuasai dengan baik, para pelajar dapat menghasikan karangan yang cemerlang berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan blog saya ini untuk mencari maklumat dan membuat rujukan tentang karangan fakta.

Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Terima kasih kerana sudi membaca halaman blog ini.


PENGHARGAAN


Assalamualaikum wbt.


Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan halaman blog yang bertajuk "Penulisan Karangan Fakta" bagi tugasan individu di bawah kursus BMP3093 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli selaku pensyarah BMP3093 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan panduan kepada saya bagi menyiapkan tugasan blog ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Diharapkan halaman blog dihasilkan ini bermanfaat untuk semua.

Sekian terima kasih.




Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING